Bevi Yulisa
PUTRI
Malam
makin larut. Suasana sepi menyelubungi kamar empat segi itu. Yang kedengaran,
hanya bunyi kipas. Di suatu sudut, seorang lelaki terduduk lesu. Badannya diikatdi
sebuah kursi kayu.
“Kenapa
kau buat aku begini Putri?”
suara garau itu kedengaran lemah sekali.
Tiada
jawapan. Sunyi dan sepi seperti tadi. yang kedengaran hanya bunyi kipas siling
berpusing perlahan. Berkeriut bunyinya, juga seperti tadi. Angin deras menderu
membanting tingkap kayu yang tadinya ternganga lebar. Lelaki itu tersentak.
Wajahnya dinaikkan. Dalam cahaya samar, dia dapat melihat seraut wajah yang
dahulunya dia kenal amat. Dahulu, wajah itu yang dia puja dan belai.
“Bodoh!”
pemilik seraut wajah itu bersuara keras lantas mendekati tingkap kayu lalu dikunci
dan kemudian dia kembali duduk bersandar di tiang rumah.
“Kau
lapar?” Diam tiada jawapan. Lelaki itu masih di posisi tadi.
“Hey
jantan aku tanya ni! Kau lapar tidak?!”
“Lepaskan
aku,” lirih suaranya sambil menghantar pandang ke arah perempuan yang duduk di
hadapannya.
“Kau
tak faham bahasa kah? Lain aku tanya, lain yang kau jawab!.
Fadhil memalingkan wajahnya.
“Pandang
muka aku!” amarah perempuan
itu. Rambut Fadhil ditarik.
“Aku
sudah lama menderita! Dan selama itu juga aku simpan
dendam aku pada kau. Kau ingat lagi tidak jantan keparat?”
“Putri.. Aku cintakan kau. Kau sudah jadi isteri aku Putri,”
Cuih ! ludah putih berbuih
kecil-kecil tepat mengenai wajah Fadhil.
“Isteri?”
tawa perempuan itu meledak, nyaring dan panjang. Seraya itu besi panjang tadi
dibuang ke lantai. Gemerincing bunyinya bergema. Perempuan itu mencapai sebilah
pisau di hujung meja, dan dilayang-layangkan di depan mata Fadhil.
“Kau
sudah musnahkan hidupku. Kau
musnahkan hidup aku! Kau ingat lagi Fadhil, apa yang jantan keparat itu lakukan pada aku? Kau ingat lagi
tidak?” bentaknya. Fadhil
tunduk tidak berkutik sedikit pun. Pisau pemotong daging yang tajam didekatkan
ke leher Fadhil.
“Siapa
jantan keparat itu? Kau kenal bukan? Jawab Fadhil. Jawab!”
“Cukup! Anak siapa yang kau kandung hah?!” amarah Pak Tahar tak dapat di
tahankan lagi. Diterajangnya tubuh kecil Putri. Mengerekot anaknya menahan sakit. Putri coba bangkit, tapi tubuhnya sudah
terlalu lemah. Tangannya meraba-raba mencari kaki milik Abah. Dia sendiri tahu,
sujud dan cium kaki abah juga tidak mampu meredakan amarah abah. Tapi hanya itu
yang dia mampu.
“Aku
besarkan kau dengan sempurna, aku didik kau dengan ilmu dunia akhirat, tapi ini
yang kau balas. Anak tak berguna! Kau panggil Ehsan datang sekarang. Aku
nikahkan kau dengan Ehsan malam ini juga!”
“Ampunkan
Putri abah. Ini bukan anak
Ehsan,” kaki abahnya di peluk erat. Isaknya makin deras.
“Abah,
ampunkan Putri,” serunya
lagi. Terhenjut-henjut bahunya seiring dengan isak tangis. Sejurus itu badannya terasa melambung lagi diterajang
Pak Tahar. Bibirnya sudah pecah berdarah. Badannya lebam akibat diterajang dan
dipukul Pak Tahar.
Amarah
Pak Tahar semakin menggila bila mendengarkan bahawa anak yang dikandung itu
bukan dari benih Ehsan. Nafas Pak Tahar sudah tidak tentu. Sesak dadanya.
“Anak
tak tahu diuntung. Mengulit lelaki bagai pelacur. Tak pernah ada dalam
keturunan aku ini, tarafnya pelacur seperti kau. Kau bukan anakku lagi. Kau bukan anakku,” ujarnya sambil
memegang dada yang terasa ketat.
“Abah..
Putri bukan seperti apa yang
abah sangka. Putri diperkosa
abah. Putri diperkosa,” ujarnya
dalam lirih. Perlahan-lahan dia mendekati abahnya yang hampir jatuh terjelepuk
ke lantai. Dia ambil tangan abahnya lalu digenggam erat.
“Putri tidak berniat untuk memalukan abah,”
“Jangan
sentuh aku. Aku malu punya anak seperti kau. Kau bukan anak aku,”
“Abah..
Putri tidak ada siapa-siapa
lagi dalam dunia ini selain abah. Tolong jangan buang Putri abah,” raungnya.
“Siapa
laki-laki itu Putri?”
“Fadhil,” ujarnya perlahan.
“Rogol
apanya sedang Fadhil itu kau
kenal sejak kecil!” amarah abahnya memuncak kembali. Kali ini tiada lagi
pukulan keras abah di atas badan lansingnya. Orang tua itu meluru masuk ke
kamar Putri seketika kemudian
keluar kembali dengan timbunan pakaian serta sebuah kain lalu dilemparkan di
hadapan muka Putri.
“Nah!
Kau ambil ini, kau bungkus dan keluar dari rumahku. Mulai hari ini, aku
haramkan kau jejakkan kaki di rumah ini.”
“Abah..
jangan buat Putriseperti ini
abah. Putri minta ampun,”
rayunya dalam isak tangis yang semakin kuat. Dia peluk kaki abah lalu dicium
kaki abah dan seperti tadi kaki abah
keras menyepak sekujur tubuh yang dilihat kotor berpalit lumpur.
Isak tangis Putri berlagu panjang lalu tenggelam dalam dinginnya malam.
“Fadhil bin Jupri, aku nikahkan dikau dengan Putri Cahyaning binti Abdullah
berwakil walikan hakim dengan mas kahwinnya lapan puluh tinggit tunai,”
Lafaz
akad tuan kadi disambut dengan sekali dalam satu helaan nafas, dan pada saat,
jua detik itu, Putri Cahyaning
sah bergelar isteri kepada seorang lelaki bernama Fadhil. Fadhil yang pernah mewarnai hidup zaman kanak-kanaknya satu ketika
dahulu, Fadhil yang menyimpan
rasa cintanya pada Putri
sejak mereka sama-sama belum kenal apa arti cinta. Lelaki yang telah sah menjadi suaminya sedetik tadi
adalah Fadhil. Fadhil yang telah memporak perandakan
seluruh impian dan mimpi.
Saat
itu air matanya menitis laju membasahi pipinya yang hanya beralaskan bedak tipis. Saat itu juga tangisnya
sendiri, tiada bahu untuk dia dakap. Saat itu dia sendiri. Saat itu dia tidak
punya siapa-siapa melainkan hati yang parah luka dihiris serpihan kaca angan
yang berderai.
Putri berjalan pantas di hadapan,
meninggalkan Fadhil yang
sedang mengekori langkahnya di belakang. Dia berdiri di tepi motokar berwarna
merah saga sementara menanti suaminya membuka kunci untuk membolehkan dia
menempatkan diri di dalam perut motokar itu. Ya motokar itu. Motokar ini lah
yang memalitkan sejarah hitam di dalam kamus hidupnya. Motokar ini lah. Motokar
ini dan malam yang penuh celaka itu.
“Fadhil aku tidur dulu. Sampai nanti kau kejutkan aku
ya,” ujarnya dalam nada lemah. Suaranya perlahan. Mungkin kesan dari ubatan
yang diambilnya seketika tadi. Ehsan, tunangannya memberi sepenuh rasa percaya
kepada teman baiknya Fadhil
untuk menolong membawanya ke klinik.
Sesaat
dua selepas itu, dia hilang.
Sedar-sedar saja, baju entah ke mana, kainnya pula tersingkap lebar. Dia mau
menjerit, tapi dipekup rapat oleh tangan gagah milik lelaki durjana yang sangat
dia percaya. Pada malam celaka itu, segalanya jadi kabur. Angannya melebur jadi
dongeng yang tidak akan dapat dia raih sampai kapanpun.
“Putri, kita sudah sampai,” suara suaminya bergema.
Suami? Pergi jahanam dengan sebaris nama ‘suami’ itu.
Menonong
Putri melangkah masuk ke
rumah kayu yang tersergam dengan tangga batu berukir indah. Dia sudah biasa
benar dengan persekitaran rumah itu. Masakan tidak, rumah ini menjadi saksi
persahabatan yang terjalin antara dia dan suaminya.
“Siapa
suruh kau datang?” malantun suara mak Nah masuk ke corong deria dengarnya. Dia diam tanpa sepatah bicara.
Hanya matanya sahaja mencerlung tajam, memerhatikan sekujur tubuh Mak Nah yang tampak garang benar
seolah-olah mahu menerkamnya. Tanpa rasa peduli, terus sahaja dia menghilang ke
kamar. Jiwanya kosong. Tak kuasa mahu berbicara apa-apa pun.
Sejak
dari saat dia menjejakan kaki sebagai menantu di rumah itu, herdik dan caci
maki sudah sebati dengan diri. Segala yang menerjah telinga, dia simpan kemas
dalam hati. Akan tiba jua suatu hari yang pasti nanti.
Mak
Nah rebah menggelupur di atas
lantai. Dibiarkan sahaja tubuh tua itu menggeletar bergelut dengan derita. Badannya mengejang, mulutnya
sudah senget dan berbuih.
“Kau
tahu, Rosnah dengan Karim bercerai, bukan kerana Karim bermain mata dengan aku.
Bukan Karim yang gatal Mak Nah.
Sebenarnya aku yang goda Karim, kami tidur bersama adalah dalam lima kali dan
Karim lebih cintakan aku daripada si Rosnah hitam melegam itu,”
Mak
Nah terus menggelupur,
menggelitik badannya seperti cacing yang dibiarkan di tengah-tengah terik
matahari.
“Kau
tahu Mak Nah, aku dulu
diperkosa oleh Fadhil. Kalau
bukan kerana memikirkan nama kau, dah tentu berita aku diperkosa akan menghiasi
dada akhbar. Kau berhutang dengan aku Mak. Kau sepatutnya layak aku bagaikan puteri,”
“Assalamualaikum,”
suara parau Fadhil bergema di
muka pintu.
“Ya
Allah.. mak. Macam mana boleh jadi begini mak,” ujar Putri dalam isak tangis yang sengaja dibuat-buat.
“Abang,
tengok mak abang. Putri tak
tahu macam mana mak buat.
Selamatkan mak abang,”
Dan
malam itu, suara jemaah masjid bergema, melagukan bacaan surah Yassin dan bertahlil.
Malam itu juga, Fadhil
mencari sekujur tubuh miliknya untuk didakap, untuk buang segala isak tangis. Pada malam itu juga, untuk
kali pertama dia menyungging senyum bahagia. Bahagian pertama dan kedua telah
tamat dengan jayanya. Karim telah dihalau keluar dari rumah kerana dituduh
menggoda kakak iparnya sendiri. Mak Nah diserang strok,
lalu terbujur kaku di tengan rumah. tiada lagi lantunan suaranya menghina dan
mencaci akan kewujudan dirinya di rumah ini.
“Putri, aku ingin buang air,” suara garau itu tidak
lagi segagah dulu. Putri
tersenyum sinis, puas dengan apa yang telah dia lakukan.
“Kau kencing saja lah di situ,” ujar Putri ringkas.
“Aku
ingin berak lah. Kau buka lah ikatan aku ni,”
“Kau
jangan bodohkan aku Fadhil,”
“Kau
bunuh aku Putri, kalau itu
yang boleh puaskan hati kau,”
Putri diam. Kata-kata Fadhil bergema dan berulang di
dalam kepalanya. Dia tidak terfikir mau bunuh Fadhil. Fadhil itu
teman sepermainannya sejak kecil. Ia
itu teman yang sering ada, setia
mendengar segala keluh kesah dan esak tangisnya. Tapi Fadhil juga telah merengut seluruh kehidupannya. Kasih sayang
abah, cinta Ehsan, rumahtangga yang dia idam malah segalanya.
Putri mengangkat wajah, mengalihkan pandangannya meratah serau Fadhil. Fadhil yang berhati binatang itu suaminya. Fadhil lelaki bajingan itu
suaminya. Dia berjalan perlahan menghampiri sesusuk tubuh yang terikat di kursi berhadapan dengannya.
“Kau
mau aku lepaskan ikatan kau? Benar kau mau itu?” soalnya sambil mendekatkan
wajahnya ke wajah Fadhil.
“Kau
ceraikan aku sekarang,” sambungnya lagi. Fadhil terkesima. Alaaaah
apa pula yang sedang dimainkan, dia tidak tahu.
“Aku
sayang kau Putri,”
“Kalau
sayang aku, ceraikan aku. Atau.. kau mau lihat aku mati di hadapan kau?” ujar Putri sambil cobaa menghunuskan pisau ke perutnya
sendiri.
“Jangan
Putri. Jangan !”
“Baiklah,
aku ceraikan kau,”
Sejurus
itu tawa Putri Cahyaning
bergema. Dia membuka ikatan yang menjerut batang tubuh sasa milik Fadhil. Terlerai sahaja ikatan, Fadhil coba mendekati Putri. Dia mau dakap tubuh itu. Dia mau Putri jadi seperti Putri yang dulu. Dengan tak semena-mena,
badannya tiba-tiba kaku. Sebilah pisau terhunus di perut dan akhirnya dia
rebah. Sayup-sayup di hujung telinga dia dengar hilai tawa Putri.
No comments:
Post a Comment